kacak luar kacak dalam..cantik luar cantik dalam maii klik sini..

Pages

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Pizza HuT...&...M'Sia VS TeiPei (TaiwaN)..


ni n3 yg dah lepas nak hapdet gak..... pc ada problem tu yg lambat hapdet tu....
Anak2 aku nak tengok bola siaran langsung.... M'sia vs Teipei.....so so eksaited la konon2nya.... so suma tak nak mamam nasi... nak dok dpn tv jer.... so aku pun nak support malaysia dan anak2 yg suka bola la konon..... so dpn tv la kitaorg mengadap..sambil ngap ngap pizza hut...

jom layan.........


tiga beradik yang syok sakan sebab dapat makan pizza....
suma ckp... sayang mamy...... huh huh huh...
haip tak bleh selalu2 ... mau bankrupt mamy...



jom mamam....Aish belanja...
hehehehe


sayang mamy.....


senyum yang melirik...
cam kembar kan????? sepesen jer senyuman mu itu...hehehe


wah dengan kusyuk nya mengadap perlawanan bola....
siap nak pakai baju bola m'sia tau sambil tengok bola kat umah.... hhehehe

yeah.... m'sia memasuk kan gol yang pertama.....



yeah.... gol yang kedua.....


dan akhirnya.....

Malaysia menang 2-1.... M'sia menang tipis.....

tapi nasib baik gak ar menang... tak sia-sia mamy beli Pizza untuk korang...
tapi lain kali kita beli Domino's
budak2 tak berapa suka Pizza hut... aku pun rasa cam kureng la ..
banyak tu pizza tak habis... selalu kalu beli Domino's sampai x cukup2...
terbaek gak pizza Domino's....(kasi promosi sikit.... huh huh huh)







ISRAK DAN MIKRAJ

Ringkasan Kisah

ISRAK DAN MIKRAJ

Sebelum Israk dan Mikraj:

RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh jibril, mika`il dan satu malak yang lain. Hati baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah saw.

Selesai pembedahan, didatangkan bintang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsha):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

Madyan dan Tursina, iaitu tempat nabi Musa as berkata-kata (munajat) dengan Allah;Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai,hasil (buah) yang baru keluar semula seolah- olah belum lagi dituai. Hal ini berlakuberulang-ulang. Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fi sabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehinggagandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw diberitahu oleh jibril : Itulah bau kuburMayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuholeh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan,kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengansecebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api danbatu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambahlagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besiberkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril:Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudianmenyesal, tapi sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatiankepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum.

Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu.

Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul.

Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Langit Pertama:

Rasulullah saw dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s.

Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


Langit Kedua:

Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s.


Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.


Langit Keempat:

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.


Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang

dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khlilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".

Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA

ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA

QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberepa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kedelapan:

Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaipan pada pokok itu : Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memakiibu bapanya.

Tangga Kesepuluh:

Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Subhanahu wa Taala dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S.W.T: Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai KhaliL dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembiran dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawahpanji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah a.s turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini bagina bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa israk-mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).


Wallahu a'lam.


Wednesday, June 22, 2011

Es-kRiM hOMe mAdE.......

lama aku tak hapdet blog ni..... pala ada sikit feningzzz and kemalasan yang melanda.....
huh huh huh..........

Dah lama dah tengok orang buat eskrim ni.... cuma belum cuba jer..... disebabkan budak2 sibuk tanya bila nak wat eskrim.... kata mamy bleh wat eskrim..... heheheh belum buat lagi aku dah canang kat budak2 mamy pun pandai buat eskrim tau.......

hehehe ... apa lagi ... budak2 rasa teruja lah...... so dengan tidak membuang masa..... terjah kedapur ...........jom... lihat hasil nya...

teng teng teng.... aku boh pisang potong2..... mula2 nak wat banana split.... tapi mangkuk tuk wat banana split nan ado... so wat dlm mangkuk bulat jo lah.... dah kena potong2 lak pisang tu.....


taburkan colour rice... chocolate rice.... chocolate chip..... tabur sikit2 dulu kang tak nampak lak eskrim.... tu pun eskrim tu terlindung dari pisang tu.... huh ... nak wat lain dah tak sanggup menunggu... budak2 pun dah teruja sangat nak makan eskrim tu..... jadi ni jer sempat di buat... huh huh huh.............


ni hasil yang belum di ceduk....


tangan cik abe yang tengah menceduk dengan jayanya......


korang nak tak resepi nya.... senang jer buat nya....
ni dia.....

bahan2nya:
1 1/2 cawan coffe mate (aku beli coffe mate paket yang paling kecik)
1 1/2 cawan fresh milk(ikut korang la nak perisa apa...chocolate ker strawberi ker...)
2 sudu besar gula... (ikut suka kalu nak manis lebih kan..)
1 sudu esen vanilla....(ni kalu chocolate/strawberi/perisa milk tak yah bubuh)

hiasan:- (suka hati nak topping aper)
chocolate rice/kaler rice
chocolate syrup...
pisang....ker mixed fruit dlm tin tu ker... eh suka hati korang le...


cara2nya....:
blend suma bahan2 coffe mate, fresh milk, gula & esen vanilla(jika perlu)
tuang dlm bekas.... bekukan 4 jam...
kuar kan balik ... blend lagi sekali......beku kan semula 6 jam... siap...
kalu nak wat ... elok pepagi..... petang / malam dah bleh ngap.... huh huh huh...
(tapi aku tak blend kali kedua... tak sempat... anak2 dok dpn mata .... sudah mau makan.... huh huh huh.....)

jom ... panas2 hari cam sekarang ni .... sedap wooo....
cer cuba...cer cuba...
aku dah ......








Wednesday, June 15, 2011

PaSaR jUmaAT..jLN TeNgAh oFF jLn RaJa cHuLan


ok piccas ni aku amik minggu lepas ... saje je simpan utk hari Khamis ni... bukan apa... untuk korang2 suma juga... ni nak kasi idea esok nak pegi mana..... biasa hari Jumaat kan break panjang sikit dari hari2 lain kan???.... jadi salah satu tempat aku syorkan tuk pegi ......

ha ni ha... Pasar Jumaat start dari 11.00 pagi sehingga 3.00 petang .... kat mana??? kat Jln Tengah off Jalan Raja Chulan..... nak lebih specific lagi?... naik monorail berenti kat station Raja Chulan.... turun Monorail ... ha tu dia pasar jumaat tu....
kalu naik bas... pasar ni kat belakang The Weld shopping centre....
tak pun dekat belakang MAS building..dekat gak ngan Pavilion
tak tau gak??? kat belakang AFFIN BANK BERHAD jln Raja Chulan...(promote tmpt kija sendiri..hehehe)
ta tau gak??...naik teksi lee...abih citer....


macam2 ada jual kat sini.... baju budak.. baju mak budak .. bapak budak..
baju anak2 dara.... baju anak2 teruna......brng2 hiasan diri..hiasan rumah....
sebut jer.... cam poket Doremon la plak.....


handbag..... yg jenama.. yg tak da nama pun ada....
melayu... Cina... India suma ada ..1Malaysia..la kan.
foreigner pun ada tau... siap beli stokin adidas la...
aku dok perati jer... dlm hati... kalu org putih pakai imitation pun sure org kata original ni
tapi kalu org kita pakai original..... sure org kata...
ala ntah ntah dia pakai local punya..imitation la tu... huh huh huh


ha makanan paling special... NASI AMBANG.....
dulu regenyer dlm rm 4.50 ke 5.oo jer
sekarang... RM8.00 ... amik kau...
Alah kongsi le 2 orang... sebab banyak giler .... bole makan utk 2 org punya.. tong tong le...
kata org Cina... bayar separuh separuh baru 4 hengget sorang... huh huh huh


yang best dia boh daun pisang....
nasi ambang ni ada: nasi.. bubuh kuah kicap sikit
su'un
mee goreng
serunding kelapa ( yang ni sedap tau .. rugi tak amik..)
ikan masin
sambal


ni separuh hidangan aku kong si jer ngan abg long....
alamak... lagi satu bahan x da
dia lupa la tuh bungkus mee goreng tu....rugi..


ramai kena beratur nak beli nasi ambang ni....
masa mula2 dulu memang tunggu hari jumaat...
kalu hari jumaat jer tak mo cuti ... nak pegi shopping belakang opis...
nak makan nasi ambang....hehehe
tapi sekarang dah jemu.... cuma sekali sekala beli gak ar... hehehe



ni nasi beriyani....
macam2 lauk


kuih apam warna warni... sedap apam dier... lembut jer...
kuih muih lain tak snap..... nanti korang dtg sini korang lak snap....
kang suma gerai aku snap kang korang nak snap gambar apa lak kang...
korang pun nak wat n3 gak ....


pulut kuning pun ada.. cicah ngan rendang daging/ayam..
pulut putih pun ada ... (ni nak makan dgn bubur durian pun sedap gak ni..)
bubur durian...pun ada dijual
nasi impit kuah kacang pun ada...
mmm terliuh aku .... esok nak gi beli lah... hhehehe


mee kari....
soto....
mee/bihoon sup...
nasi ayam ...
nasi ayam bakar....(yg ni aku lupa nak amik piccas)
nasi ayam bakar ni sedap tau....nasi dia pun lembut...


ni beehoon kari yang aku makan masa tengah hari tu......
bungkus... siap dia kasi mangkuk polystrn tu tau...
senang .... balik opis curah je dlm bekas tu...terus makan
dah habis buang terus.... x yah nak basuh2... hahaha dasar pemalas...


buah - buahan..... macam2 buah ada..
buah ni le aku ngidam nak makan masa pegnan si PU3 tu...buah cherry
mahal giler siut... aku beli 200gm jer tu pun dah berbelas hengget..
tapi sedap .... suka sangat.... tapi sekarang tak beli le... x ngidam pun...


bubur manis pun macam2 ada... pilih jer .....


ni masa ni belum ramai lagi.... kang kul 12.30 keatas.... tak da ruang kat tgh2 tu...
suma jadi lautan org jer.....nak snap piccas pun tak ble......asyik berlanggar ngan org jer...


ha apa yang ada jual kat motor tu???
ha yang ni es krim potong
dia potong es krim tu kat situ tau...
sedap.......


wah ini jer yang sempat aku rakamkan....
sebenarnya bnyk lagi ...
especially makanan... makanan utara ada...
makanan pantai timur ada....
poppia basah... poppiah madu....
rojak buah... cup cakes..

ehhh bnyk lagi le.... korang terjah le sendiri kat sini
kang aku snap sana snap sini kang....
orang ingat journalist mana lak yang kepoh kepochi ni.....
jadi mama razzi lak kang.... hehehe...
jom memeriah dan meramaikan lagi pasar jumaat
jom esok.. .... pasar jumaat belakang AFFINBANK.... hehehe


Tuesday, June 14, 2011

SnOw WaLK..........


SNOW WALK... sejuk ke kat dlm tu???... patut la aku tgk ramai org kat situ pakai jaket tebal2.. apa ke jadahnya diorg pakai cam tu panas2 terik ni????
oooo rupa2nya ada salji.......

masa mula2 nak masuk aku tanya dulu kat mamat yg jaga entrance tu.... sejuk sangat ker kat dalam tu???? sampai kena pakai jaket tebal... sekali dia cakap...sejuk .. ada la dalam 0.5 darjah selsius.... ooo ye ke???? habis baju kena sewa ker kena beli????? baju sekali dengan tiket masuk... hari ni dan esok ada oper....

korang nak tau rege nya???... hah jom layan piccas dulu..

wah... comei nyer ni dua beradik.....cam kembar lak......


get ready.....
tak sabar2 rasanya ni.....





wah ...masuk masuk jer....memang terus sejuk giler.......


Abg long dia gi main slide.....
aku ni malas gi beratur beratur ni... leceh lambat...


cantik ar hiasan2 kat sini......


kat dalam ni suasana memang malap sikit..... tapi cantik....


cantik swan kat belakang tu....
jaga2 abang long kang kena patuk lak montot tu.... hehehe





ni kat dalam iglu.....



anak abah da tak tahan sejuk.... kaki sudah beku.... nak dokong Abah.....


Air botol yang Aish bawak tu pun jadi sejuk cam air dalam peti es....



Salji2 tu bole wat main....
tapi budak2 sepak2 ngan kaki jer sebab nak wat main sejuk giler
tapi perlu diingatkan .... pakai kasut... cam aku pakai sandal ..... beku kaki ku kena ais


nak hilang kan panas kena la peluk dak ni.....
takkan nak peluk2 encik suami kat sini lak.... sekejap2 ble le... kang lain lak kang...
kang anak2 pun hilang ntah kemana..ngeh ngeh ngeh...


get ready nak lawan main bola ..... Aish jatuh masa tendang bola.....
nangis la pulak.... sakit siot lantai tu berais... keras ....


umah dia dibuat dari Ais....
siap ada kerusi meja tau kat dlm nya...
bole le kalu nak duduk2.....


umah yg ni kecik sikit ... kat luar dia buat cam pumpkin .....


ba...cak..... the dwarf....



tangan kasi masuk dlm baju....
sejuk giler.... beku tangan....


korang2 jangan jeles......
mamy ngan Abah nak inter frame .... huh huh huh






hidung suma merah.....
telinga pun pakat pakat jadi merah gak...


anak bujang ni pun nak manja2 gak....




ok la jom kita layan video lak....
eh sebelum tu.....
rege tiket ari tu.....
kalu beli tiket sebelum kul 6.00p.m, dewasa RM15, kanak2 12 tahun kebwah RM10.00.... kanak2 3 taun ke bwah freee....

kalu hari biasa....dewasa RM25... kanak2 12 Tahun kebawah RM15.00...

s
video



video



video

kacak luar kacak dalam....cantik luar cantik dalam... mai click sini

DI TAJA OLEH...