kacak luar kacak dalam..cantik luar cantik dalam maii klik sini..

Pages

Followers

Tuesday, October 18, 2011

Donut ...

Anak2 aku suka sangat makan donut..... dah lama dah nak buat... dah jumpa lama dah resepi... tapi baru kali ni nak try.....

hasil kesabaran dan kerajinan ku akhirnya.....

tada....
sori ar senget2 sikit sebab aku tak da donut cutter .... aku bulat2kan sendiri jer...... tu yang tak berapa nak sama size nya tu..... tak kisah la janji sedap....


ni model pertama ku.... feberet Aish.....
budak ni le yang paling feveret ngan donut.....




abang long suka yang ada coklat rice jer.....


Aish suka yang ada colour rice.....
aish asyik tanya jer.... ni yang mammy buat tadi tu ker???...
ya sayang.... ooo pandai mammy buat..... hehehehe... puji melangit.... tak hengat..


PU3 pun suka yang kaler kaler.......
.awak tu mulut tecik jer...terbeliak nganga besar2....


ok yang ni abang long bawak gi school..........

ok... kalu korang nak resepi ..
salin jer kat bawah ni...
aku lupa aku amik kat blog sapa.... minta post kat sini ye...

Donut

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.(yang ni aku salutkan ngan coklat double boiling pas tu tabur ngan cokelat rice/colour rice...) siap...bole wat niaga .... hehehe

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

saya memang tak reti buat kuih-kuih ne

Shahayu said...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF).. dulu saya pun x reti buat kuih2 ni... tapi anak2 suka makan2 & kat umah ni kwsn byk org cina so yg meniaga pun ramai org cina.... tu yg buat kuih sendiri tu......hehehe

kacak luar kacak dalam....cantik luar cantik dalam... mai click sini

DI TAJA OLEH...