kacak luar kacak dalam..cantik luar cantik dalam maii klik sini..

Pages

Followers

Monday, October 4, 2010

RoSeLLe....




ROSELLE , asam raya atau asam susur,kata orang kampung la.. kengkadang ada yang panggil buah RIBENA atau nama saintifik nya..HIBISCUS SABDARIFFA ianya berasal dari Afrika barat tapi ada juga orang kata dari India. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh dibuat jus minuman , jem dan jeli.

Khasiatnya: ia mengandungi vitamin C ( asid askobik) yang tinggi sebanyak 260-280mg bagi setiap 100g kaliks kering. 100g kaliks segar mengandungi 2.85ug vitamin D, 0.04mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dn 0.05 vitamin B2 kompels. Orang kata buah ni elok untuk pesakit kanser, kencing manis, darah tinggi , dan buah pinggang ...



amboi... sambil cekak pinggang.... amik la apa yang patut.., amik bebanyak bawa balik KL biar penuh bonet...... kalu tak muat bonet.. letak kat tmpt duduk belakang, korang yang dok belakang balik la naik bas... hehh heheh

orang bandar masuk kebun... hehehh ada ke bawa payung???... huh panas siot kat kebun tu.... kita tak pa la... tu bebudak tu ... sian .... heheh heheh alasann....


ni anak dara aku ni asyik nak berdokong je.... tak nak turunn.. nangis je kat ladang ni .. meragam plak dia...biasa nak main .. lari2 kalu ada kawasan luas .. tapi ni tak nak dia buat perangai la pulak.... mak aku cakap , anak kau ni tak boleh bawak berjalan la... entah le.. selalu elok jer.. mungkin tempat ni keras sikit kot ... heeh hehe keras??? memang la tanah dia keras hehh eheheh mak aii...besar nya busut tu.... ada banyak busut la kat kebun ni......

????????????????

ni yang dok mencangkung ni tunggu apa? tunggu giliran nak melepas ker ???...

ni bunga ROSELLE tu...

bunga dia orang tak makan ... kita makan buah nya aje... jangan tersilap plak...





tengok tu si PUTERI ... laki aku tu dah berangin dah tu... tak nak pijak tanah langsung... bergayut kat kaki abah nangis la ni..... ntah la ... bagi tetek pun nangis apa dia nak pun tak tau.
laki aku ajak balik dah ....... ya la anak kesayangan nangis ... meragam....




Aish tengah pegang pokok ROSELLE ... siap berposing lagi..... ni dah pandai posing2 ni ... kejap2 suruh amik gambar2, kengkadang siap delete lagi sebab banyak sangat gambar dia....

Aish suka makan buah ROSELLE tu cam tu je... pernah beli dulu kat pasar malam jln Tuanku Abdul Rahman, dia boleh makan cam tu je .... habis...dia sorang bedal... tapi beli pun tak la banyak sebab tak tau nak buat apa ... nak makan pun masam2..



pokoknya bersaiz renik boleh tumbuh pada keinggian 205sm. Tempoh hayat 6-10 bulan beberapa cabang akan kuar dr batang utama .. batang nya warna merah gelap, daun nya berwarna hijau dan pada peringkat awal daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari.

ni dia buah ROSELLE yang dah di petik.....


Pokok mula berbunga pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan kuar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang, setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama dibahagian bawah bunga.

Penanaman hanya menggunakan biji benih, biji benih disemai dlm bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditamah ketika berumur 10-15 hari.........



hah yang ni dah dibuang biji, dan dah dibasuh, masukkan dlm periuk, masukkan sedikit air....didihkan je....


tunggu sampai dia mendidih....
ni dia hasil nya....

TADA.....AIR JUS ROSELLE... TAMBAH KAN AIR SEJUK, GULA, AIS... MMMM MMM
YANG KETUL2 TU NATA DE COCO.... SAJA NAK TAMBAH PERISA....

RASANYA..?? YA BETUL CAM RIBENA..... LUPA LAK NAK BUAT DUA SET YANG TARUK SUSU TU.... SEDAP GAK TARUK SUSU NGAN AIS.... AKU BAGI BEBUDAK TU.. DORANG SUKA TAU...


Orang lain suma dah titun dia sorang je belum titun tu yang jadi model jus ROSELLE........



No comments:

kacak luar kacak dalam....cantik luar cantik dalam... mai click sini

DI TAJA OLEH...