Wednesday, August 25, 2010
KUIH-MUIH UNTUK JUADAH BERBUKA POSE..
Hah ni BADAK BERENDAM namanya .....
bahan2nya...
tepung pulut (agak2 dlm 2 cawan) kalu nak buat banyak lebih kan je
2 helai daun pandan dimesin/ditumbuk bersama sedikit air - (tapiskan ambil airnya sahaja) (utk wangi dan kaler.. kalu tak da pun tak pa)
1 kotak santan
1/2 biji kelapa parut
1 ketul gula melaka( guna gula merah pun sedap gak)
mula2 masukkan gula melaka masukkan sedikit air untuk mencairkan gula.. kalu suka manis tambah gula sedikit lagi... masukkan garam dlm secubit apabila gula dah cair masukkan kelapa parut kacau sampai kering... gula meresap dlm kelapa.... angkat kemudian sejukkan bwh kipas...
untuk badaknya... tepung pulut di gaul kan bersama air daun pandan, letakkan sedikit pewarna kalu suka jadikan doh ... bila doh tidak melekat pada tangan jadi la tu...
bulat2kan doh tadi ikut suka nak besar mana... kemudian masukkan inti kelapa tadi, buat sampai adunan habis, panaskan santan...kacaukan supaya tak berketul ... bila dah nak mendidih masukkan badak2 tadi yang telah di isi inti tadi ... kacau sehingga masak... ( kalu badak2 tu timbul menandakan dah masak.., bancuhkan 1 atau dua sudu tepung gandum bersama air, masukkan kedalam santan dan badak yang telah mendidih..., kacau ... dah mendidih lagi sekali .., angkat......TA .. DA... senang kan????... yang penting senang dah sedap....
mmmmmmuuahhh anak2 aku suka sangat...
nyam nyam nyam..... terliur je tengok bulan2 pose ni....
Yang ni orang cakap Puteri mandi...
bahan2nya: tepung pulut, pewarna, kelapa, santan, gula
mula2 bahagikan kepada 3 adunan tepung pulut, bancuh ngan air ketiga2 adunan dah letakkan warna yang berlainan..... kalu tak da... satu kaler pun boleh..... buat adunan tadi supaya jadi doh dan doh tak lekat pada tangan.
kemudian buatkan bulat2 kecil dan tekankan dengan ibu jari di tengah2.... bila suma adunan dah siap, rebus apabila adunan yang bulat2 tadi dah timbul, angkat dan lalukan didlm air biasa supaya tidak melekat.....
untuk kuahnya masakkan santan sedikit bersama gula, kemudian masukkan kelapa parut, bila sudah mendidih masukkan adunan yang berwarna warni tadi....
ta....da....... siap untuk dihidangkan....
hah ni pulak bihoon goreng chili padi.....
2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 5 biji cili padi, sedikit ikan bilis- ( semua bahan ni diblend)
1/2 paket bihoon,
carrot dihiris
bahan2 yang telah di blend di tumis.. setelah naik bau dah bahan2 dah kekuningan, masukkan carrot dan masukkan bihoon yang telah direndam.. masukkan garam dan aji secukup rasa...
p/s : kalu sekiranya bihoon lambat rendam .. maklum lah terlupa atau tak sempat... semasa menggoreng bihoon lebih kan air ... supaya bihoon tak keras...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment